Wednesday, March 24, 2010

Anugerah Cemerlang Ceremony

ASWT Srikandis,


Pengetua Cemerlang of STF have invited us to join the ceremony Anugerah Cemerlang which will be held on the 17th April, Saturday.
We would like to take this opportunity to organise CAREER TALKS to the forms 4 and 5. And we will do this on the 18th.

Last year we did not have some of the professions of interests, such as dentistry, law to name a few. Hopefully this year there would be many more Srikandis of various professions who could make it down to the Alma Mater.

Details are yet to be confirmed with the Pengetua. We would also like to do motivational talks to forms 3, 5. Last year Kak Patanah did this.

Those wishing to visit the Alma Mater, pls give your names to N @ Dr Mariana. Her no is 013 3015446.


kind regards
SK72 Mek Yam Jusoh.

Sunday, March 21, 2010

Mesyuarat Agung Sikandi Tun Fatimah yang ke 23

Salam.
Kepada semua ahli Srikandi Tun Fatimah yang telah berdaftar, saya Dalina Ismail/74, sebagai Setiausaha Kehormat Exco 2009-2011, menjemput semua ahli untuk menghadiri Mesyuarat Agung Sikandi Tun Fatimah yang ke 23, yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh:     3 April 2010 (Sabtu)
Waktu:    2.30 ptg - 4.30 ptg
Tempat:   Bilik Delima, Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.

Sila rujuk kepada sisipan untuk surat jemputan rasmi dan program agenda.

1. Batch Coordinators dan Ketua Chapter, harap dapat panjangkan kepada ahli.

2. Bukan ahli dijemput untuk mendaftar pada hari  yang sama.

Sekian, terima kasih.
SK Dalina Ismail/74
Secretary/Membershi p/Training
019-3303154
skdalina.secretary@ gmail.com

Tuesday, March 2, 2010

S4S: Ayat-Ayat Cinta vis-a-vis Caring Verses

Canang dah berbunyi
panggil dah bersahut
yang jauh berkirim emel
yang dekat nak simpan stok
yang di utara sampai menyampai
yang di timur mengheret kapal
yang di selatan beranak buah
yang di barat jangan terlambat
alang-alang membeli buku
buku satu khasiat seribu
hadiah bukan sebarang hadiah
hadiah menjadi teman sejati
sambil mengisi tabung Srikandi
biarkan Si Labu terjun dengan labu-labunya...!
biarkan...biarkan.....
;))) Sekian seloka maklabu.

Ayat-Ayat Cinta vis-a-vis Caring Verses

Assalamualaikum adik kakak kenkawan tersayang,
Kalau kita dapat menghayati Ayat-Ayat Cinta oleh Habiburrahman, tentu sekali kita dapat menghayati dan menyelami Ayat-Ayat Penglipur Lara yang tak kurang hebatnya yang telah disusun sebaik mungkin oleh tak lain tak bukan Srikandi kita sendiri SK Rakmi Abdul Rahman.


Sejak Sis Rakmi hadiahkan buku ini kepada saya, ia telah menjadi teman sebantal yang sangat saya kasihi. Ayat-ayat Allah azajawalla menjadi ubat kepada hati saya yg penuh dengan ketidakharuan. Maklumlah, saya baru berpisah dengan anak bongsu saya nan seorang. Itulah satu-satunya anak lelaki saya. Kalau baik keputusan saya, baiklah masa depannya, kalau saya tersilap langkah, maka buruklah padahnya. Seorang anak yang tak pernah mendapat kasih sayang dari seorang ayah, dan membesar dalam serba kekurangan, terutama tentang aqidah dan ketuhanan. Bukan senang hendak menanganinya.


Dalam mencari kedamaian, Caring Verses memberikan saya satu panduan dan kekuatan. Mententeramkan hati yang lara. Saya sarankan setiap kita memiliki dan menghayati sepenuhnya ayat-ayat dalam buku ini. Apa yang paling menarik ialah cara ianya disusun oleh Kak Rakmi adik-adik. Senang sekali untuk kita membuat rujukan tentang sesuatu kemushkilan dan jika ingin mendalaminya dengan lebih lagi, teruskan dengan Al-Quran, sudah tersedia rujukan ayat & surah.

 
Setelah kita memiliki buku ini, seharusnya kita berkongsi bersama saudara-saudara kita seIslam. Dari sekarang, berikanlah hadiah terbaik untuk ibu, anak, saudara, suami atau kenkawan, tak payahlah nak tunggu hari ibu, harijadi, hari persandingan, hari ulangtahun (anniversary) atau hari kelepasan am (??) untuk bagi hadiah.


Yang Berbahagia Puan President, apa kata kalau Srikandi borong Caring Verses, dan kita jual kepada members (Kak Rakmi dengan sukarela dan bermurah hati will forego her royalti) the difference dari jualan buku kita masukkan ke dalam tabung S4S. Kita jadikan buku Caring Verses sebagai salah satu sumber kewangan Srikandi untuk S4S. Kita bukan mencari untung, kita hanya berkongsi dan membantu sesama sendiri (sharing and supporting each other) InsyaAllah, dengan niat yang ikhlas dari Kak Rakmi, berpanjanganlah sedekah dia dan kita pun tumpang dapat pahala dan dapat kebaikan dari Caring Verses.


What say you?
Salam,
K.Alah aka Maklabu

caringverses[1]

Women Community Network – MOU Signing Ceremony

Thank you for your support to the Women Community Network – MOU Signing Ceremony amongst 12 participating women communities.

This momentous occasion were held at Hotel Equatorial Kuala Lumpur, Cempaka Raya Room, Mezzanine Floor on (Friday) 5 February 2010.

The participating communities are:

- Asia Women Business Network

- eHomemaker

- Federation of Women Entrepreneurs Association Malaysia (FEM)

- Gorgeous Geeks

- Malaysian Association of Professional Secretaries & Administrators (MAPSA)

- National Council Women’s Organisation (NCWO)

- Persatuan Wanita Bumiputera Dalam Perniagaan & Profesyen Malaysia (Peniagawati)

- SWEPA

- Srikandi Tun Fatimah Alumni

- TIE

- Woman Entrepreneur Network (WENA)

- WomenBizSENSE