Thursday, July 22, 2010

Dari Meja Presiden : Prof Dr Muhaya- "Celik Mata dan Jiwa"

Assohwah menjemput saudara/ saudari srikandi STF ke seminar interaktif bersama SK Prof Dr Muhaya " Celik mata dan jiwa" pada 1 Ogos Ahad 9.30 am to 1.30 pm di KGPA ( kelab golf pegawai awam) petaling jaya.

Bayaran RM60. RM 10 didermakan kepada tabung srikandi bagi setiap srikandi yang hadir.

Sila war warkan kepada srikandi.

Rsvp sebelum 28 julai to assohwah@gmail.com

SK72 Mek Yam Jusoh.

Tuesday, July 13, 2010

Taken from Mum's email.... Girlie Wisdom


  

Girlie Wisdom!  

1. A friend of mine confused her Valium with her birth control pills... she has 14 kids but she doesn't really care..  

2. One of life's mysteries is how a 2-pound box of chocolates can make a woman gain 5 lbs. 

3. My mind not only wanders, it sometimes leaves completely. 

4. The best way to forget your troubles is to wear tight shoes 

5. The nice part about living in a small town is that when you don't know what you are doing, someone else does.  

6. The older you get, the tougher it is to lose weight, because by then your body and your fat are really good friends.. 

7. Just when I was getting used to yesterday, along came today...  

8. Sometimes I think I understand everything, and then I regain consciousness. 

9. I gave up jogging for my health when my thighs kept rubbing together and setting fire to my panties. 

10. Amazing! You hang something in your closet, for a while, and it shrinks 2 sizes!  

11. Skinny people irritate me! Especially when they say things like...'You know sometimes I forget to eat!' .....Now, I've forgotten my address, my mother's maiden name, and my keys, but I have never forgotten to eat.. You have to be a special kind of stupid to forget to eat!  

12.. The trouble with some women is that they get all excited about nothing -- and then they marry him. 

13. I read this article that said the typical symptoms of stress are eating too much, impulse buying, and driving too fast. Are they kidding? That's my idea of a perfect day!  


SEND THIS TO 5 EXTREMELY BRIGHT WOMEN YOU KNOW AND MAKE THEIR DAY!!!  
LIVE SIMPLY.........LAUGH OFTEN....LOVE DEEPLY  

     

Sunday, July 11, 2010

Bercerita dalam pantun


From: cikngah3 <cikngah3@yahoo.com>
To: stfoga72@yahoogroups.com
Sent: Fri, July 9, 2010 11:41:18 AM
Subject: Re: [stfoga72] cerita dalam pantun -tajuk "pak"

salam sema,

pakaianku hanya sehelai seluar pendek,
terlalu muda ,berlari berkedek,
mengejar pak, nelayan yang baru balik,
habis sebakul ikan ikan nya daku belek.

mulutku becok bertanya segala,
isteri pak tersenyum menjawab semua.
pak berdiri memerhati sambil ketawa,
melihat aku membilang ikan yang mana ada.

selar kuning, kerisi amatlah cantik,
menghijau tegang ikan kembong,
ketam dan udang masih mengelitik,
tangan kecilku hanyir bermain sotong.

sesekali pak mengail belut,
didalam bakul meliut-liut,
walau belut aku amat takut.
menjerit riang pak ku ikut.

satu hari pak balik aku tak kejar,
ku perhati saja pak melangkah,
perlahan saja, matanya meliar,
memandang arahku tanpa sepatah.

kisah pak dan isteri ,ku ingat sepanjang hayat,
dirumah kecil, ku ziarahi tetap dilayan,
pak berdua cukup rezeki, walau tiada zuriat,
baru aku faham, akulah antara anak kesayangan.

have a nice memory? share it with us.
zah h

Email kasih sayang srikandi


 bahasa tuan hamba itu amatlah tersusun dan amatlah terhibur  hamba membacanya. 
zah h

________________________________
From: Zaharah Sanusi <zma466@yahoo.com>
To: stfoga72@yahoogroups.com
Sent: Sun, July 11, 2010 12:52:30 PM
Subject: [stfoga72] UPM 1940/ cadangan jawapan/balasan

  
Ya rafa’al darajat,

Mohon tabik berbanyak2 tabik tiadalah terhingga suka dan gumbiranya hamba yang 
hina menerima balas warkah yang dikirim daripada tuan pegawai tanam-tanaman dan 
ubat-ubatan yang budiman lagi bijaksana sehingga kami sekampong tertawa 
tergelak terguling gelantang kerana tidaklah kami menyangka tuan yang mulia yang 

terganggu istirehat dan yang mungkin sedang berdendang bersenang-lenang sudi 
jualah meluangkan masa melukirkan buah pikiran dan nasehat yang tiada terhingga 
tinggi nilainya bagi kami sekampong.

Adapun tentang sang kuching bernama Kelly itu usahlah disebut usahlah dikenang 
lagi kerana tiadalah upaya hamba tuan membuatnya bekerja satu hapah pun maka 
walau diletak tikus dibawah hidungnya tiadalah ia mahu menghidunya apatah lagi 
untuk menghapuskannya begitulah kejadian Tuhan seru sekelian alam. Adapun hal 
pisang emas nan sebutir itu adalah lebih baik dibawa belayar supaya masaknya 
diatas peti dan tiada apa gunanya dibuat umpan tikus yang seribu di bendang 
kami. Maka hal orang siam pula hanya datang mengambil upah mengepok padi kerana 
tiadalah kuasanya hamba tuan turun kebendang kerana sukanya hamba sekampong 
berboria kesana sini. Lain dari itu tiada ketahuanlah orang Pulau Pinang.

Disudahi dengan ampun beribu ampun salam dan maaf jua walau terlewat tujoh puloh 

tahun.

Yangbenar,
Anak penakan Sema'e

________________________________
From: Jamaiah Aini Manah <jaiman9293@yahoo.com>
To: stfoga72@yahoogroups.com
Sent: Sat, 10 July, 2010 11:40:32 PM
Subject: Re: [stfoga72] UPM in 1940/ cadangan jawapan

Wakakakakaka...keluag ayag mata dah ni Zah Cikngah oiiiiii....

jam

________________________________
From: Latifah Ismail <tipmuar@yahoo.com>
To: stfoga72@yahoogroups.com
Sent: Sat, July 10, 2010 6:54:05 PM
Subject: Re: [stfoga72] UPM in 1940/ cadangan jawapan

Ha...ha..ha..I have a good laugh!

tip

________________________________
From: cikngah3 <cikngah3@yahoo.com>
To: stfoga72@yahoogroups.com
Sent: Sat, July 10, 2010 2:04:24 PM
Subject: Re: [stfoga72] UPM in 1940/ cadangan jawapan

salam sema, 
cadangan jawapannya pulak, though 70years +/- lewat:

maka adalah hamba dengan hormatnya , membalas tabik tuan , dengan rasa amat 
dukacita lah menbaca berita kesengsaraan tuan tuan dikampong yang mencari 
rezeki dibumi Allah menanam padi dimakan olih tikus.

akan tikus ini amatlah cerdik , berikhtiar manusia menghapuskannya dari bumi 
Allah, berbagai cara dan perangkap hamba cuba dan hamba dapati akan tikus in 
membiak juga terutama sekali yang sekor tu yang hamba kerap kejar didapur hamba.

adalah hamba yang hina dina ini, mencari pakar bab tikus ditempat kerja hamba 
yang amat baik orangnya dan mengajar hamba untuk memerangkap sitikus kat dapor 
hamba itu mengunakan perangkap berumpan pisang emas yang bercahaya dan berbau 
manis diwaktu malam dan hendaklah hamba letakkan dilaluan tikus itu kerana tikus 

ini matanya kurang nampak tapi boleh menghidu kuat dan berjalan mengikut jalan 
yang biasa dia lalui.

akan tikus pulak banyaklah jenisnya. yang didapor hamba itu namanya tikus rumah 
dan di sawah itu dinamakan tikus sawah. untuk mengurangkan tikus hendaklah kita 
melakukan cara yang amat sesuai dengan suasana 1940.
akan pulau pinang itu dekat dengan tempat orang siam,maka hendaklah kita meminta 

orang siam ini menangkap tikus untuk dibuat sajian. Akan lubang tikus itu 
hendaklah diperasap dan tikus itu mati kelemasan. selepas itu ikutlah orang siam 

itu kehendak seleranya.

maka satu cara lagi hendaklah kita mencari kucing yang terpaksa kita biarkan 
lapar. supaya akan sikucing itu bekerja untuk nafkahnya sendiri. kucing gemok 
nama KELLY tu tidaklah hamba cadangkan untuk bekerja kerana telah lama mengidap 
penyakit obesiti dan bimbang hamba jika dia diserang sakit jantung kerana dia 
tiba tiba kena excercise mengejar breakfast disawah.

nasib baik hamba tak hidup masa 1940 , tentunya hamba kena selubung dan menjadi 
nelayan mencari nafkah, tak sekolah pulak tu. menyanyi pun dongdang sayang 
aje....
zah h

________________________________
From: Hamimah Hj Hassan <hamimah@ummc.edu.my>
To: stfoga72@yahoogroups.com
Sent: Fri, July 9, 2010 4:32:00 PM
Subject: Re: [stfoga72] UPM in 1940

dicadangkan ZahCikNgah, Cik Na dan Rafid untuk menjawab ...he.he

On 7/9/10, Zaharah Sanusi <zma466@yahoo.com> wrote:
>
>
> "Mendahului tabik dengan berbanyak2 tabik yaitu terbit daripada hamba tuan
> yang
> hina Ismail Bin Reduan yang pada masa ini di Mukim Kelawai Jalan Burma Lane
> Negeri Pulau Pinang. Mudah-mudahan barang dimuliakan oleh Tuhan seru
> sekelian
> alam datang mengadap kebawah kawasan yang mulia tuan pegawai tanam-tanaman
> bagi
> negeri Melayu yang bersekutu yang beristirehat pada masa ini di pejabat
> tanam-tanaman di Serdang Kuala Lumpur dengan beroleh sihat sejahteranya.
>
> Ehwal maka adalah hamba tuan bermaklumkan kepada tuan yaitu pada masa hamba
> tuan
> menulis warkah ini tersangatlah dukacita kerana segala pokok padi didalam
> bendang hamba kebanyakan rosak dibuat oleh tikus oleh sebab itu inilah hamba
> bermaklumkan kepada tuan dengan harap mendapat pikiran dan nasehat daripada
> tuan
> bagaimana jalan hendak membinasakan tikus2 itu hanya itu sahajalah
> dimaklumkan
> dengan berbanyak2 tabik dan sembah"
>
>
> Wonder how the Serdang Agriculture office responded to this, ya? Anyone
> would
> like to write a response?
>
>

Thursday, July 1, 2010

Mari berpantun.. batch 72..1 July 2010


From: cikngah3 <cikngah3@yahoo.com>
To: stfoga72@yahoogroups.com
Sent: Thu, July 1, 2010 11:52:47 AM
Subject: Re: [stfoga72] fish dan kenkawan,yang ku kenali,

salam sema/ fish
fish,
penuh emailmu dengan puisi,
ukiran emas bahasa indah,
kubaca biar ilmu terisi, 
pujangga terkenal menulis madah.

kenkawan,
kita budak semasa disekolah,
sama meniti kehidupan harian,
berpisah lama baru mencelah,
didalam usia penghujung kitaran.

kenkawan,
telah ditakdir penentu segala,
riwayat berjalan berlainan hala, 
bila berjumpa,semuanya bercerita,
segala ringkasan kehidupan kita,

keluarganya,
membujang, berkahwin atau berjanda,
anak angkat, anak kandong atau anak saudara,
bersyukurlah kita atas apa yang kita ada,
tidaklah kita menjalani kehidupan sebatang kara.

kerja, antaranya:
ada kira duit , ade memasak kueh,
ade dirumah seharian, ade berdrama di panggung.
ade intai mikroskop, pastu sebok menulis,
paling best bagiku ...... ambil jarum cucuk punggung!!

dan lain lain,
yang berbentuk bulat , sebok nak kurus,
tengok yang masih cun terus memuji,
hang pi makan banyak tu siapa yang suruh?
takpe, tu kan tanda banyak rezeki !

have a nice day
zah h,