Sunday, July 11, 2010

Email kasih sayang srikandi


 bahasa tuan hamba itu amatlah tersusun dan amatlah terhibur  hamba membacanya. 
zah h

________________________________
From: Zaharah Sanusi <zma466@yahoo.com>
To: stfoga72@yahoogroups.com
Sent: Sun, July 11, 2010 12:52:30 PM
Subject: [stfoga72] UPM 1940/ cadangan jawapan/balasan

  
Ya rafa’al darajat,

Mohon tabik berbanyak2 tabik tiadalah terhingga suka dan gumbiranya hamba yang 
hina menerima balas warkah yang dikirim daripada tuan pegawai tanam-tanaman dan 
ubat-ubatan yang budiman lagi bijaksana sehingga kami sekampong tertawa 
tergelak terguling gelantang kerana tidaklah kami menyangka tuan yang mulia yang 

terganggu istirehat dan yang mungkin sedang berdendang bersenang-lenang sudi 
jualah meluangkan masa melukirkan buah pikiran dan nasehat yang tiada terhingga 
tinggi nilainya bagi kami sekampong.

Adapun tentang sang kuching bernama Kelly itu usahlah disebut usahlah dikenang 
lagi kerana tiadalah upaya hamba tuan membuatnya bekerja satu hapah pun maka 
walau diletak tikus dibawah hidungnya tiadalah ia mahu menghidunya apatah lagi 
untuk menghapuskannya begitulah kejadian Tuhan seru sekelian alam. Adapun hal 
pisang emas nan sebutir itu adalah lebih baik dibawa belayar supaya masaknya 
diatas peti dan tiada apa gunanya dibuat umpan tikus yang seribu di bendang 
kami. Maka hal orang siam pula hanya datang mengambil upah mengepok padi kerana 
tiadalah kuasanya hamba tuan turun kebendang kerana sukanya hamba sekampong 
berboria kesana sini. Lain dari itu tiada ketahuanlah orang Pulau Pinang.

Disudahi dengan ampun beribu ampun salam dan maaf jua walau terlewat tujoh puloh 

tahun.

Yangbenar,
Anak penakan Sema'e

________________________________
From: Jamaiah Aini Manah <jaiman9293@yahoo.com>
To: stfoga72@yahoogroups.com
Sent: Sat, 10 July, 2010 11:40:32 PM
Subject: Re: [stfoga72] UPM in 1940/ cadangan jawapan

Wakakakakaka...keluag ayag mata dah ni Zah Cikngah oiiiiii....

jam

________________________________
From: Latifah Ismail <tipmuar@yahoo.com>
To: stfoga72@yahoogroups.com
Sent: Sat, July 10, 2010 6:54:05 PM
Subject: Re: [stfoga72] UPM in 1940/ cadangan jawapan

Ha...ha..ha..I have a good laugh!

tip

________________________________
From: cikngah3 <cikngah3@yahoo.com>
To: stfoga72@yahoogroups.com
Sent: Sat, July 10, 2010 2:04:24 PM
Subject: Re: [stfoga72] UPM in 1940/ cadangan jawapan

salam sema, 
cadangan jawapannya pulak, though 70years +/- lewat:

maka adalah hamba dengan hormatnya , membalas tabik tuan , dengan rasa amat 
dukacita lah menbaca berita kesengsaraan tuan tuan dikampong yang mencari 
rezeki dibumi Allah menanam padi dimakan olih tikus.

akan tikus ini amatlah cerdik , berikhtiar manusia menghapuskannya dari bumi 
Allah, berbagai cara dan perangkap hamba cuba dan hamba dapati akan tikus in 
membiak juga terutama sekali yang sekor tu yang hamba kerap kejar didapur hamba.

adalah hamba yang hina dina ini, mencari pakar bab tikus ditempat kerja hamba 
yang amat baik orangnya dan mengajar hamba untuk memerangkap sitikus kat dapor 
hamba itu mengunakan perangkap berumpan pisang emas yang bercahaya dan berbau 
manis diwaktu malam dan hendaklah hamba letakkan dilaluan tikus itu kerana tikus 

ini matanya kurang nampak tapi boleh menghidu kuat dan berjalan mengikut jalan 
yang biasa dia lalui.

akan tikus pulak banyaklah jenisnya. yang didapor hamba itu namanya tikus rumah 
dan di sawah itu dinamakan tikus sawah. untuk mengurangkan tikus hendaklah kita 
melakukan cara yang amat sesuai dengan suasana 1940.
akan pulau pinang itu dekat dengan tempat orang siam,maka hendaklah kita meminta 

orang siam ini menangkap tikus untuk dibuat sajian. Akan lubang tikus itu 
hendaklah diperasap dan tikus itu mati kelemasan. selepas itu ikutlah orang siam 

itu kehendak seleranya.

maka satu cara lagi hendaklah kita mencari kucing yang terpaksa kita biarkan 
lapar. supaya akan sikucing itu bekerja untuk nafkahnya sendiri. kucing gemok 
nama KELLY tu tidaklah hamba cadangkan untuk bekerja kerana telah lama mengidap 
penyakit obesiti dan bimbang hamba jika dia diserang sakit jantung kerana dia 
tiba tiba kena excercise mengejar breakfast disawah.

nasib baik hamba tak hidup masa 1940 , tentunya hamba kena selubung dan menjadi 
nelayan mencari nafkah, tak sekolah pulak tu. menyanyi pun dongdang sayang 
aje....
zah h

________________________________
From: Hamimah Hj Hassan <hamimah@ummc.edu.my>
To: stfoga72@yahoogroups.com
Sent: Fri, July 9, 2010 4:32:00 PM
Subject: Re: [stfoga72] UPM in 1940

dicadangkan ZahCikNgah, Cik Na dan Rafid untuk menjawab ...he.he

On 7/9/10, Zaharah Sanusi <zma466@yahoo.com> wrote:
>
>
> "Mendahului tabik dengan berbanyak2 tabik yaitu terbit daripada hamba tuan
> yang
> hina Ismail Bin Reduan yang pada masa ini di Mukim Kelawai Jalan Burma Lane
> Negeri Pulau Pinang. Mudah-mudahan barang dimuliakan oleh Tuhan seru
> sekelian
> alam datang mengadap kebawah kawasan yang mulia tuan pegawai tanam-tanaman
> bagi
> negeri Melayu yang bersekutu yang beristirehat pada masa ini di pejabat
> tanam-tanaman di Serdang Kuala Lumpur dengan beroleh sihat sejahteranya.
>
> Ehwal maka adalah hamba tuan bermaklumkan kepada tuan yaitu pada masa hamba
> tuan
> menulis warkah ini tersangatlah dukacita kerana segala pokok padi didalam
> bendang hamba kebanyakan rosak dibuat oleh tikus oleh sebab itu inilah hamba
> bermaklumkan kepada tuan dengan harap mendapat pikiran dan nasehat daripada
> tuan
> bagaimana jalan hendak membinasakan tikus2 itu hanya itu sahajalah
> dimaklumkan
> dengan berbanyak2 tabik dan sembah"
>
>
> Wonder how the Serdang Agriculture office responded to this, ya? Anyone
> would
> like to write a response?
>
>

No comments: