Friday, August 20, 2010

Cerita dalam Pantun... My Pets

.............My Pets................

From:
cikngah3  
View Contact
To:stfoga72@yahoogroups.com

untuk kenkawan, 
semoga menceriakan hari ini.

difikiranku teringat sesekali,
dizaman kanak kanak pencinta alam,
sebiji tempurung alat mengali, 
mendalam parit kecil membuat kolam.

terurai panjang berbiji hitam, 
ku lilit teliti semuat telapak,
ku angkat masuk kedalam kolam 
telor telor katak yang kukutip merata dilopak.

jika ku biarkan telor katak disitu,
habis hujan kering air biasanya begitu,
matilah telor anak binatang kegemaranku, 
katak katak dewasa yang menyanyi merdu.

seharian, kolam lah tempat menghabis masa ,
menjaga berudu berenang selamat,
burung dan ayam bukan pemangsa,
namun kolam ku payung ,air ku bendung cermat.

kakinya tumbuh, hilang ekornya,
berudu milik ku menjadi beratus katak,
melompat keluar menyelamat nyawa,
dibawah rumah katak ku letak.

kini semua tinggal kenangan, 
parit ditambun, katakku bedah,
tiada nyanyian selepas hujan,
katak sudah nak pupus kata pensyarah

zah h

No comments: