Thursday, November 11, 2010

ZURIAT ANBIA

Dialog anak2 Zuriat Anbia

A: Adakah perang seperti dalam "video game"?

B: Tidak saudaraku.

A: Adakah perang seperti televisyen, bila muak, kita tukar siaran?

B: Tidak saudaraku.

A: Apa maknanya perang, kuasa atau perdagangan?

B: Saya tidak mengerti maknanya.

C: Saya juga tidak mengerti.

A: Apa yang awak mengerti?

C: Saya amat mengerti kelahiran saya.

C: Ibu menderita mengandung saya, kerana kekurangan zat.

Ibu berjaya meneran saya, dengan bantuan satu dentuman bom.

Saya selamat dilahirkan di celah runtuhan. Ibu selamat dikebumikan.

B: Ayah dan saudara saya menjadi batu nesan makam ibu.

B: Dan kami segera dewasa di bumi anbiya, seperti Siti Aishah, seperti Bilal Ibnu Rabah.

C: Setiap hari kami belajar: dakwat kami, belerang dan darah; bukannya air mata.

B: Kertas kami, hanya kain putih, kain kapan kami. Guru kami, hanya al-Quran dan al-Hadis.

C: Malam, lampu suluhan kami adalah percikan senjata dan api meriam.

B: Siang, kami jarang leka atau mengantuk kerana disedarkan siren ambulan.

C: Setiap hari kami belajar menghitung dan mengira – jumlah kematian.

B: Setiap hari kami belajar menulis dan membaca – talkin dan syahid.

C: Setiap hari kami belajar bertukang dan berkebun – membuat keranda dan pusara.

B: Setiap hari kami belajar bersukan dan beriadah – dengan balingan batu dan mata peluru.

A: Hebat sungguh persekolahan ini.

C: Jangan puji melulu. Kami juga gagal ujian penggal kedua.

B: Kami gagal menghitung dan mengira – jumlah aneka peluru dan senjata.

C: Kami gagal menulis dan membaca – buku piagam bangsa-bangsa bersatu.

B: Kami gagal bertukang dan berkebun – janji-janji kemanusiaan.

C: Kami gagal bersukan dan beriadah – di gelanggang antara bangsa yang berlangsung di Amerika dan Eropah.

A: Ada yang lulus ujian?

C: Ada. Mereka sedang masuki universiti penjara rahsia.

A: Ada yang jadi juara?

B: Ada. Juara kami sedang berenang di telaga minyak.

A: Awak kecewa dengan kegagalan itu?

C: Kecewa? Kecewa tiada makna lagi di sini.

B: Ini bumi anbia. Tempat lahir para nabi. Jejak-jejak nabi masih di sini.

C: Janji yang satu tetap di sini. Dia tidak pernah mungkiri janji.

A/B/C: Mereka (musuh) boleh runtuhkan rumah kami; bukan semangat kami.

Mereka boleh sekat suara kami; bukan doa kami.

Mereka boleh paksa ribuan syarat; bukan jihad kami.

Mereka boleh bunuh saudara kami;

Satu mati, ratusan Siti Aisyah akan terus lahir

Sepuluh mati, ribuan Bilal Ibnu Rabah akan terus lahir.

Inilah Lagu kami:

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! …

Anak2 Bingkas Kebayan prihatin  pada Anak2 Palestin(LN)

No comments: