Monday, June 11, 2012

Sesi Bersama Alumni Bersempena Kolokium Kecemerlangan Murid Projek Khas SBP Tahun 2012

Assalamu'alaikum
Warga Srikandi Tun Fatimah yang dikasihi,


Satu program tahunan yang dianjurkan oleh Bhgn Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh & Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia bertajuk "*Kolokium Kecemerlangan Murid Projek Khas SBP Tahun 2012"* (golongan anak-anak miskin tegar di SBP) akan diadakan pada *16 - 17 Jun 2012 di Tiara Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan*.

Sesi Bersama Alumni SBP akan diadakan pada hari *Sabtu 16 Jun 2012 dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang*. Memandangkan program BtS telah dibatalkan, warga Srikandi yang berkelapangan amat dialu-alukan agar dapat hadir sama untuk membantu memberi motivasi kepada anak-anak Projek Khas ini.

Sila emailkan nama beserta jawatan, nama syarikat, alamat, no. telefon pejabat/bimbit dan alamat email kepada saya lailiazman@gmail.com sebelum 12 Jun 2012. Ini adalah kerana Kem. Pelajaran akan memberi surat pelepasan kepada Jabatan/Bahagian tempat anda bekerja (jika perlu).

Kami juga memerlukan sedikit sumbangan dari pihak warga Srikandi untuk memberikan 'goodie bags' (300 nos) kepada anak-anak ini.

Sumbangan berbentuk wang tunai boleh di 'bank-in/transfer' ke akaun Maybank *SK **Ruhayah M Derus* <http://www.facebook.com/profile.php?id=1459283199> *5142 7133 0248 *.

Tolong sms kepada *K. Roy @ 012-2241420* berapa jumlah sumbangan anda. Juga pada sesiapa yang ingin datang bermalam di PD pada 15 Jun 2012, sila beritahu K. Roy.

 

Sekian, terima kasih. Kerjasama dan sumbangan anda kami dahului dengan ucapan terima kasih. Allah jua dapat membalasnya.

 

-*SK86 Siti Laili Hj Nahu*-
Setiausaha Kehormat

1 comment:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)