Friday, June 8, 2012

Pembatalan Program BTS

Assalamu'alaikum

Warga Srikandi Tun Fatimah yang dikasihi,

Menjunjung titah perintah dari Puan Presiden dan telah disokong sebulat suara oleh kami Exco Srikandi, kami memutuskan untuk membatalkan program 'Back to School' yang sepatutnya diadakan pada 16 - 17 Jun 2012 ini. Kami berasa amat dukacita atas keputusan yang diambil.

Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira bilangan yang akan menyertai kurang memberangsangkan (tak sampai 50% untuk menyewa bas - cuma ada 17 orang setakat hari ini) dan juga setelah pertukaran tarikh sebelum ini (dari 16-17 Jun ke 23-24 Jun dan balik ke tarikh asal) telah menyebabkan sebahagian besar 'speakers' tidak dapat menyertai program kali ini.

Kesulitan di pihak anda semua amat dikesali.

Sekian, terima kasih.



Setiausaha Srikandi

No comments: