Saturday, November 28, 2009

Resipi Daging Goreng Qurban



Daging Goreng Qurban

Bahan-bahan:
2 kg Daging Qurban
2 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu besar garam
4 biji bawang putih - tumbuk
4 cm halia - yumbuk
1 sudu kecil gula
1/2 cawan minyak masak
2 biji bawang besar - potong bulat
6 biji bawang merah - dipotong menyerong
Cara memasak:
1. Daging dipotong sesuka hati.
2. Masak daging, sebuk kunyit dan garam didalam kuali.
3. Kemudian masukkan halia, bawang putih dan gula.
4. Apabila air daging hampir kering, masukkan minyak,
5. Kemudian masukkan bawang besar dan cili yang telah dipotong.
6. Setelah daging sedikit garing, bolehlah diangkat.

p/s..Jika suka masukkan sedikit perasa.
.....Daging goreng ini sangat popular dihari raya haji apabila mengerjakan ibadah qurban di Kelantan

No comments: