Sunday, October 25, 2009

24 Oktober 2009 - Srikandi Raya Potluck

Setelah menetapkan hari untuk mengadakan sambutan hari raya di rumah Datin Dr Mahyunah di Putra Jaya, kami pun mewarwarkan melalui sms, Face Book dan egroup agar dapat mengumpul seramai mungkin srikandi untuk acara sekali setahun ini. Alhamdulillah ramai srikandi yang datang dengan membawa bermacam2 juadah dan kasih sayang. Semua yang datang bersedia untuk dipeluk, di cium dan berkata-kata dengan penuh kemesraan. Melihat keakraban yang terjalin sangat membahagiakan.
Apabila mengadakan majlis potluck, makanan yang terhidang sangat banyak. Bila tiba saat pulang, pasti ada buah tangan yang akan iringi bersama. Satu meja tidak cukup, dua meja pun tidak cukup untuk hidangan, diantaranya ialah rojak mamak, ayam goreng, paru goreng, ketupat lemak, ayam pedas, ketupat nasi, rendang ayam, rendang daging, nasi lemak, chicken pie, lasagne, koleh kacang, cheese tart, akok, murtabak, pulut kelapa, kuih koci, lepat, cheese choc cake, dragon fruits, salad buah.....arghh.... banyak lagi yang tak tersebut...
Disini saya dan warga srikandi ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Kak Yun dan suami kerana telah sudi membenarkan kami berhimpun dirumah yang sangat indah dan selesa. Diwaktu petang kami dapat menikmati keindahan alam diperkarangan rumah sambil berbual jenaka dan seterusnya melihat matahari terbenam waktu senja.
Akhir sekali.. terima kasih KakYun dan terima kasih srikandi kerana sudi datang. Diharapkan lebih ramai lagi srikandi akan berpeluang untuk datang dimajlis sedemikian dimasa akan datang.

Elok pedang kerana bersarung,
Dibuat senjata pergi berperang;
Elok orang suka menolong,
Niatnya mulia hatinya lapang.

Kalau berlabuh pada yang tenang,
Bila berhenti pada yang teduh;
Kalau bersungguh menolong orang,
Kemana pergi takkan bergaduh.

Apa tanda batang berbuah,
Banyak burung hinggap didahan;
Apa tanda orang bertuah,
Banyak menolong sesama insan.

...........jumpa lagi.............cik Na@kak Na

No comments: